Ditulis oleh BeritaRTM     Published in Ekonomi

Kuala Lumpur – Microsoft Malaysia melantik penyedia agnostik teknologi Awan utama di Malaysia, G‐Asiapacific Sdn Bhd, sebagai Penyedia Penyelesaian Awan (CSP) Microsoft langsung untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pengkomputeran awan.

Dalam kenyataan hari ini, Microsoft berkata kerjasama itu merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menembusi beberapa industri utama di Malaysia, termasuk peruncitan, penerbangan, pembinaan, media dan industri minyak & gas serta sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengurus Besar, Penyelesaian Pasaran Kecil, Sederhana dan Rakan Kongsi, Azizah Ali berkata sistem berasaskan awan memainkan peranan penting dalam strategi Microsoft dalam mudah alih pertama hari ini, ‘cloud‐first world’.

Terbaru, Microsoft berkata G‐Asiapacific dalam peringkat akhir untuk menggunakan sistem produktiviti pejabat berasaskan Awan bagi majlis perbandaran utama, dan antara rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia.

Sebagai rakan niaga CSP, G‐Asiapacific boleh menawarkan kitaran hayat pengurusan pelanggan yang lengkap untuk produk awan Microsoft, termasuk Microsoft Office 365, Microsoft Azure, Microsoft Power BI, dan produk Microsoft yang lain.

G‐Asiapacific kini boleh menyediakan, mengurus dan menyokong semua produk dan perkhidmatan dalam portfolio produk Microsoft, kata Microsoft.

 

Sumber: Berita RTM